Pages

Monday, 27 August 2012

Keindahan Alam Milik Bersama

Sejarah Sahom Farm Retreat (SFR)

Suatu ketika dahulu perkampungan Sahom 5 km dari pekan kecil Sungai Siput Selatan atau 10 km dari pekan Kampar atau Gopeng adalah merupakan kawasan tempat tinggal warga kampung yang terdiri daripada masyarakat Melayu 80% dan 20% Orang Asli.
Kampung Sahom juga terdapat sebuah masjid, klinik desa dan dua buah sekolah rendah SK Sahom dan SK Kampung Asli.
Majoriti masyarakat di sini adalah perusahaan pertanian, dusun dan kerja sendiri. Pertanian kelapa sawit, getah diusahakan samada secara individu atau kelompok dan beberapa dusun durian yang mempunyai kualiti yang tersendiri mampu menarik minat pengujung atau sebagai pengeluar buah durian bukit yang baik.
Kampung Sahom ini terletak di kawasan tengah dataran tanah subur hampir 70% dikelilingi oleh pergunungan dan mempunyai tadahan air sungai yang turun dari perairan pergunungan yang dinamakan Sungai Sahom, Sungai Dipang, Sungai Kampar menuju ke Sungai Perak.

No comments:

Post a Comment